Click Here :-) --> Funny Games II
Click Here :-) --> Interactive Excercises
DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar
profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses
pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian
kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak
bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong
pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar
kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor
kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal.
Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang
disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding
dengan kanak-kanak biasa.
Terdapat kelewatan dalam perkembangan
kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam
perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya
ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan
berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi
kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang
dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun
atau lebih.
Mempunyai bidang perhatian yang singkat
atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman
kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya
mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka
tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah
selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
|
||||||||||||||||||||||||
RASIONAL
Kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang
bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu
satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini
mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik
mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MATLAMAT
Kurikulum kanak-kanak bermasalah
pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka
mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka
mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek
intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan
sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan
berdikari.
OBJEKTIF
Setiap orang kanak-kanak diberi peluang
dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
SASARAN
Murid-murid terencat akal ringan yang:
|
||||||||||||||||||||||||
|